Friday 26 August 2016

"Popia Yang Tersedap "



Kisah ini bermula daripada aku yg balik dari menolong emak saudaraku bagi mengangkat barang-barang di stesen Bas Tesco,Kota Bharu,Kelantan.Kerana aku pergi menolong emak saudaraku,itulah kali pertama aku membuat lawak dengan emak saudara(cam hampeh kan).Emak saudara aku menanyakan tentang tudung untuk kanak-kanak sekolah rendah,lalu aku menjawab dengan tenang"tak tahu lah tuu Lah Da(panggilan untuk emak saudara),tak pernah lagi cuba pakai tudung di sekolah rendah".Dah aku lelaki.HAHAHAA,dengan ikhlas emak saudara aku gelak.


Apabila siap menolong,kami terus balik dan singgah di tepi jalan untuk membeli makanan di warung.Emak Saudara aku menyuruh untuk membeli makanan dan seperti biasa aku memang akan menjadi blur 3,4 saat kalau tiba-tiba kena buat sesuatu(HAHAHAHA),cam x lojik kan.



Nak dipendekkan cerita,(hmmmmmm,blogger yg malas nak cerita)itulah kali pertama aku mengigit popia cendawan(rasa macam naik ke kayangan buat seketika sebab terlalu sedap).Oleh itu,aku terus mencari resepi popia cendawan tersebut(padahalnya lepas 4 bulan baru cari).Dan dengan itu,aku ingin berkongsi tentang resepi popia cendawan.Sila ikut dengan teliti supaya rasa tak terjejas.

















Bahan :


1 Peket Kulit popia segera
1 tin sup mushroom campbell's
1 biji bawang holland
3 batang sosej
5 biji cendawan butang
sedikit daun bawang (optional)
sedikit air
minyak untuk menumis dan menggoreng


Cara menyediakan :

Tumis bawang holland yang dicincang halus sehinga sedikit layu
Masukkan sosej dan cendawan butang yang dipotong kecil dan goreng seketika
Masukkan sup mushroom campbell's serta sedikit air dan kacau sehingga air mengering dan kuah jadi sedikit likat
Akhir sekali masukkan daun bawang dan kacau rata
Tidak perlu masukkan garam sebab sup mushroom tu dah cukup segala rasa






Bila inti dah siap..kena pastikan inti tu betul2 sejuk baru lah boleh gulung popia tu macam biasa...


inti tu korang letak ciput2 jek tau..or else nanti goreng meletup2 la minyak tu


sebab intinya akan keluar..






Jaja lebih prefer simpan dulu popia tu dalam peti sejuk..


lepas tu baru lah digoreng...


kalau sejuk, kurang la sket popia tu nak meletop2...






SELAMAT MENCUBA